Profile HMC


PENGENALAN

Hari ini keperluan Modal insan menjadi faktor strategik dalam persaingan global dan pembangunan negara. Modal insan yang berteraskan keseimbangan dalam pembangunan jatidiri mantap menjadi teras utama. Jatidiri yang mantap berasaskan pembangunan dan pembentukan  IQ, EQ, PQ dan SQ yang mantap.

Setiap individu sentiasa berhubung dengan “minda-tubuh-emosi” (mind-body-emotion) untuk beroperasi pada tahap yang optima dan berpotensi tinggi, maka penerapan dan penekanan yang tinggi pada pembentukan IQ, EQ, PQ dan SQ untuk keseimbangan diri.

Menyedari hakikat ini Hijrah Minda Consultant menawarkan program-program yang menjurus ke arah pembinaan dan perkembangan potensi diri yang menepati kehendak semasa. Ianya membolehkan perubahan dibuat pada peringkat yang lebih mendalam secara “unconscious” menjadikan penerapannya lebih kekal dan lama.

Hijrah Minda Consultant dianggotai oleh pakar-pakar dan konsultan yang berpengalaman dalam bidang “human performance”. Mereka bukan sahaja mempunyai keilmuan yang tinggi malah memiliki pengalaman luas dan mendalam.

Setiap program yang dikemukakan oleh Hijrah Minda Consultant merupakan olahan kepada keperluan modal insan berdasarkan kepada penelitian dan maklum balas yang diperolehi dari pelbagai sektor.


VISI

Membangunkan dan memantapkan potensi diri individu dalam menjana pembangunan modal insan yang dinamik dan kekuatan fitrah semulajadi dalam diri setiap insan seperti yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT.

MISI

Meneroka potensi diri untuk membolehkan mereka menjadi penyumbang yang berkualiti dan efektif kepada perkembangan organisasi mereka.




No comments:

Post a Comment