Kenali Jurulatih HMC


Penceramah dan jurulatih yang disediakan adalah penceramah yang berpengalaman dan berkelayakan sepertimana yang dilampirkan.


PERUNDING UTAMA HIJRAH MINDA CONSULTANT
MOHD ABD HADI BIN ISMAIL adalah salah seorang Perunding Prestasi diri yang banyak terlibat dalam pelbagai bidang latihan Motivasi korporat , Jabatan-Jabatan kerajaan dan swasta antaranya adalah trainer jemputan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), berkelulusan dalam pendidikan Diploma Pengajian Islam & Teknologi Maklumat, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) UDM B.A (Hons) Pengajian Al-Quran & Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Pusat Islam Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), penglibatan beliau dalam Program Tahsin Al-Quran dan beliau merupakan pengasas utama kepada modul HIJRAH MINDA disamping itu beliau juga adalah pengamal NLP (Neuro Linguistic Programming). Dan beliau merupakan Pengarah Urusan Hijrah Minda Consultant &Perunding utama.
       
Beliau merupakan pengasas utama kepada modul HIJRAH MINDA.Disamping itu
juga beliau  adalah pengamal NLP dari (NFNLP,USA) NLP Practitioner (Neuro Linguistic Programming)&Hypnoteraphy. Beliau juga salah seorang pensyarah di Pusat Asasi  Matrikulasi  UIA  PJ Pengelibatan bersama dengan Group Akademi Al-Quran.Penglibatan beliau dalam Program Penulisan  artikel bersama majalah (ILuvIslam) & Penulis Bersama Didalam Majalah-Majalah terbitan karangkraf. Disamping itu juga beliau adalah tetamu jemputan ceramah di MEDIA MASSA RTM TV1, Radio Malaysia TERENGGANU & Radio Selangor FM.

Beliau juga telah banyak terlibat dalam pelbagai bidang latihan khususnya untuk jurulatih bagi pensyarah-pensyarah dan guru-guru dalam teknik mengajar  melalui Sains karektor Manusia iaitu Penggunaan bahasa minda disamping trainer jemputan di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan trainer bagi  warga jururawat serta Doktor perubatan di  Seluruh Hospital untuk BENGKEL SERONOKNYA DITEMPATKERJA.

Berpengalaman sebagai perunding Motivasi  Negeri Terengganu di bawah kelolaan Ustaz  Mohd Mizan Mohd Nor (Pengurus TQHM consultant)  dan juga sebagai trainer Perunding  Perestasi Diri NLP(Pengkajian sains Karektor manusia) di syarikat PerfectMind Resources. Disamping itu juga beliau pernah  Berkhidmat sebagai Trainer  Perunding  Motivasi Fitrahpower Resources (Kelolan Ustaz Ahmad Shukri Yusoff ) Beliau juga banyak mengendalikan kursus-kursus untuk pensyarah-pensyarah dan guru-guru dalam bengkel “SMART MIND PROGRAMMING SUCCESSFUL TEACHING”.Beliau juga salah seorang daripada Perunding Korporat YaPIEM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia).Beliau juga banyak terlibat dalam program pembangunan modal insan,warga gologan Akademi Asnaf Zakat Selangor,Disamping itu juga beliau berpengalaman dalam penyedian modul bagi kursus Akademi Asnaf Zakat Selangor. 



BARISAN JURULATIH DI HIJRAH MINDA CONSULTANT


Dr  Ridzwan Bakar  CPA CMA CA ACIS adalah  seorang profesional  akauntan dan ahli kepada beberapa badan professional dalam  dan luar negara.  Beliau  di lahirkan di Bandar DiRaja Klang kira-kira  40 tahun lalu.  Beliau kini bertugas sebagai  pegawai kanan sebuah organisasi korporat berkaitan kerajaan (GLC)  dan mempunyai  pengalaman luas melebihi 16 tahun di dalam bidang pengurusan strategik,kewangan dan perancangan perniagaan. Beliau pernah memegang jawatan Deputy CFO TMNet Sdn Bhd 2001-2005. Beliau terlibat secara langsung dengan transformasi perniagaan, membina KPI/Balanced ScoreCard dan merangka strategi jangka panjang syarikat. Turut berpengalaman membantu beberapa
organisasi  di dalam business transformation dan membina Balanced Scorecard/KPI.

Beliau aktif berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman di seminar serta konferen korporat, perniagaan dan akademik, dalam dan luar negara khususnya dalam bidang perancangan strategik, KPI, Balanced Scorecard, Budgeting dan ceamah motivasi.  Beliau juga adalah Ahli Panel Penasihat  Roundtable Kurikulum Akademik program Siswazah  PhD/DBA/MBA  Graduate Business School UiTM dan Ahli Panel (Certified Examiner Target Selection DDI International)  untuk program Pembangunan Kepimpinan.

Beliau pernah mengisi slot inspirasi dan berkongsi pengalaman di media seperti di dalam program MHI TV3, RTM 1 Program Selamat Pagi Malaysia, Astro Oasis, Radio IkIM, RTM, Majalah i, Majalah Nur, Mingguan Wanita dan beberapa tulisan beliau juga pernah disiarkan di akhbar-akhbar utama. Beliau juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi Presiden persatuan penduduk, menjana semula imej dan peranan masjid,  menulis blog berkaitan kecemerlangan pengurusan diri, memberi khidmat nasihat kepada masyarakat dalam bentuk motivasi, perundingan kewangan dan berusaha keras membawa misi Haji Muda dalam konteks pembinaan pemimpin, masyarakat dan kehidupan.  Beliau adalah Penceramah Bertauliah dari JAIS.

Beliau berminat untuk terjun ke dunia penulisan berbentuk lautan biru bagi membina jati diri khususnya memfokuskan kepada pembinaan generasi muda muslim. Buku sulung beliau Haji Muda  berjaya menempatkan beliau antara penulis aplikasi kehidupan yang mampu mencorakkan pemikiran masyarakat. Buku motivasi terbaru beliau Bila Pintu Hati Terbuka  pula mengajak manusia berubah dan  mengejar  ilmu setinggi mungkin. 



                                                            SHRIL BIN SAHRI

 adalah merupakan salah seorang perunding latihan dan juga jurulatih yang Berpengalaman lebih daripada 7 tahun dalam bidang Terapi .

           
Education Certificate : Higher National Diploma - De Montfort University  1999

Human Development & Theraphy Certificate:

1. Kursus Pengamal Perubatan Alternatif - Terapi Tenaga Alhayat
    Level 1, Level 2, Level 3, Level 4
    Awarded By : AFTL Technology Sdn Bhd
   - Dr. Yusoff B. Hussin MD (A.M)

2. Grandmaster Of Subtle Energy Tradition ( Prana Shakti Dharana ), Mem. No.: 01097.01957
    Awarded By : Prana Shakti International Brotherhood
   - Dr. Zulkifli Alias & GM Yan Nurindra

3. Hypnotherapist Malaysian & Indonesian Chapter,  Mem. No.: 006.0002
    Awarded By : Mind Tech Resources Sdn. Bhd. Certified with Indonesian Board Of         Hypnotherapy
    - Dr. Zulkifli Alias & GM Yan Nurindra

4. Hypnotist Malaysian & Indonesian Chapter,  Mem. No.: 006.0002
    Awarded By : Mind Tech Resources Sdn. Bhd. Certified with Indonesian Board Of Hypnotherapy
    - Dr. Zulkifli Alias & GM Yan Nurindra

5. Biosinergi Certified Practitioner - Malaysian & Indonesian Chapter
    Awarded By : Mind Tech Resources Sdn. Bhd
    - Dr. Roy R. Sontoso

6. Inner Beauty Therapist - Seminar Kecantikan & Kesihatan
    Awarded By : Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn. Bhd.
   - Prof. Dr. Sir Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood & Dr. Zahari B. Saa



                                         AHMAD TARMIZI ABDUL RAHMAN 


  Tutor Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti


  Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan
 
-          Sedang menyambung Pengajian Sarjana di UM
-          Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah ( USIM)
-          Sijil Tinggi Tarannum al-Quran (STTQ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



PENCAPAIAN / SUMBANGAN

·         Qari Jemputan Rancangan Halaqah TV9 (Terkini)
·         Qari Bacaan Al-Quran TV Al-Hijrah.
·         Penyampai Slot Surah Pilihan TV 1 RTM.
·         Penceramah Ummah Networks Services (Ilmu Tajwid, Tarannum & Klinik Al-Fatihah)
·         Tenaga Pengajar Imam Muda Qaryah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
·         Mursyid Bahagian Tajwid Akademi Al-Quran TV9 Musim ke 4&5
·         Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun 2010
·         Tempat Ketiga Akademi Al-Quran Musim Ke-3, TV9.
·         Johan Tilawah al-Quran Belia 4B Kebangsaan 2007





                                          MUHAMMAD SYAMIL BIN BUNYAMIN
adalah seorang pakar dalam  bidang memprogram minda dan merupakan International Master of   Hypnotherapy. Beliau juga mempunyai ilmu dan pengalaman yang  mendalam di bidang Psychoimmunology. Beliau sering memimpin  perlatihan antaranya untuk kaunselor-kaunselor Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) cawangan seluruh Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Perbadanan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu (YPKT). Untuk pihak swasta pula, beliau sering memimpin latihan untuk syarikat-syarikat bertaraf nasional seperti
u

perodua Service Company dan syarikat-syarikat bertaraf internasional seperti KALMAR (M) SDN BHD dan SHELL (M) Trading. Untuk peringkat institusi pendidikan tinggi, beliau sering diundang untuk memimpin untuk perlatihan pembangunan diri seperti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Untuk peringkat sekolah pula, beliau sering memimpin perlatihan dan sesi khidmat runding antaranya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut, Terengganu. Beliau juga merupakan pengasas kepada Success Personality Profiling (SPP) yang merupakan kaedah profil diri yang sangat berkesan dan terbukti telah membantu ramai dalam soal perhubungan, pendidikan dan kerjaya menggunakan kaedah Resonance Detecting yang ketepatan maklumatnya sangat tinggi. Beliau juga aktif melakukan sesi khidmat runding untuk orang perseorangan dan organisasi menggunakan kaedah SMP.

No comments:

Post a Comment